profail pppcm
PERSATUAN PENYELIDIK DAN PENGUSAHA CENDAWAN MALAYSIA (PPPCM)
No. Pendaftaran: PPM-020-14-27041999
OBJEKTIF
- Membekalkan para pengusaha cendawan dengan informasi berkaitan dengan penambahbaikkan teknik kultur cendawan dan lain-lain masalah di dalam industri
- Mempromosikan cendawan sebagai makanan kesihatan kepada umum dan secara tidak langsung menggalakkan perkembangan industri cendawan
- Mengkaji varieti baru terutamanya varieti lokal cendawan untuk kultivasi
- Mempromosikan kajian biologi cendawan di kalangan para pelajar akademik dan graduan yang dipacukan industri
- Menggalakkan penanaman cendawan sebagai hobi
VISI
Untuk menjadi persatuan yang terunggul dalam industri cendawan di Malaysia menjelang tahun 2030
MISI
- Meningkatkan taraf ekonomi dan keilmuan ahli-ahli melalui transformasi teknologi, pendidikan ahli-ahli, kerjasama dengan institut pengajian tinggi dan agensi-agensi kerajaan serta aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang berterusan
- Mewujudkan dana kewangan untuk membiayai aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan taraf ekonomi dan keilmuan ahli-ahli
- Menerokai teknologi berinovasi penanaman dan pemprosesan pelbagai cendawan secara usahasama dengan ahli-ahli supaya PPPCM dapat menerajui dalam industry huluan dan hiliran cendawan di dalam negara dan antarabangsa
keahlian
Sejak tahun 1999 persatuan ditubuhkan sehingga 31 April 2026, PPPCM mempunyai seramai 780 orang ahli yang telah berdaftar.
- Ahli seumur hidup: 97 orang
- Jumlah ahli berdaftar: 780 orang
- Jumlah ahli aktif bagi tahun 2026: 143 orang
