Jemputan mesyuarat agung tahunan pppcm secara online bagi 2026
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-26 PPPCM
28 Mac 2026, Sabtu
9.20 pagi – 12.00 tengahari
Secara Maya (GoogleMeet)
Persatuan Penyelidik dan Pengusaha Cendawan Malaysia (No. Pendaftaran: PPM-020-14-27041999) ditubuhkan pada 1999 dengan visi untuk menjadi persatuan terunggul bagi industri cendawan Malaysia.
Ahli persatuan termasuklah para penyelidik, pengusaha dan penggiat industri cendawan. PPPCM juga menganjurkan Mushroom Coaching Program sepanjang tahun bagi kursus-kursus berkaitan kemahiran dan teknologi pertanian cendawan.
Bagi para penyelidik dan penggiat industri cendawan Malaysia, tuan/puan dijemput menyertai keahlian PPPCM dan menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PPPCM secara online. Terdapat pelbagai informasi bermanfaat dan sokongan bermanfaat bagi tuan/puan.
Bagi yang ingin mendaftar kehadiran mesyuarat agung online, klik di bawah:
Sila buat bayaran ke akaun Persatuan Penyelidik dan Pengusaha Cendawan Malaysia, Bank: CIMB, No akaun: 8605266703 dan email salinan resit sebagai bukti pembayaran serta borang-borang berkaitan kepada:
ppcm1999@gmail.com
Tarikh tutup dan penerimaan pendaftaran bagi mesyuarat agung adalah pada 27 Mac 2026